Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, June 24, 2007

Laksa Penang Style Mami Tanjung



Amboi hampa dok wat apa tuuuu?dok meghela lagi kaa?tak pun dok ushar marka sebelah?hahaha..mami harap hampa ok la semua..dok musim2 hujan nih kan apa kata hampa try wat resipi turun menurun laksa mami penang.mami nih jenis x suka nak bagi resipi2 mami kt orang..bukan apa nanti depa wat peleceh p meniaga kat padang kota..mami sepak nanti..hahaha..Hampa try la noo..resipi laksa penang mami nih..mami gerenti mmg terangkat! mkn semangkok mesti mau lagi..Try tauu!


Bahan-bahan untuk kuah

Cabai Kering-50 sen
Bawang Besar-2 Biji
Belacan-RM1
Ikan Sardin-1 Kilo
Ikan Kayu-1 ekor
Bunga Kantan-2 pokok
Daun Kesum / Chendohom
Ajinomoto
Asam Keping-20 sen
Garam Secukup Rasa


Bahan-bahan untuk perencah

Laksa kering / basah
Timun
Daun Salad
Bawang besar
Cili Merah
Daun Pudina
Cabai Melaka
Nenas
Bunga Kantan
Telur Rebus

Cara-caranya :
1.Rebus ikan2 tersebut dan letakkan sedikit garam

2.Blend cabai kering,bawang besar,belacan kemudian masak sehingga bahan2 tersebut berubah warna.

3.Blend isi ikan,kemudian masukkan dlm bhn2 yg telah dimasak.

4.Blender tulang ikan,tapis dan ambil air ikan sahaja

5.Masukkan asam keping,bunga kantan dan daun kesum / chendohom ,garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Mami lupa nak habaq,laksa kan mami pihper(prefer) had laksa basah yg juai kat market tuu..balik rendam ayaq biasa jaa.jgn buh ayaq paneh(panas) melekit nanti.kalau tak dan nak p market kan..hampa leh beli laksa kering kat Giant.Jgn ambik cap eka ka, cap jenab kaa..hampa ambik cap penang noodles.laksa dia mami puji baguih sangat tk besaq cam laksa basah kt market tuu..dia sederhana jaa laa..lembut laksa dia..hampa cari sampai dapat tau..kalau x jumpa jugak hampa bedai la ambik cap tengkorak!
satu lagii..kalau ada apa tk kena kat kuah laksa tuu..hampa buh clorox skit sure lena lama..hehehe..mami loqlak sket hari nih..try tau! Line Clear!

1 comment:

Alibaba said...

AWAT CEK....DOK RAPLAH APA? KALAU NAK MAKAN LAKSA MAMI TANJUNG ,MAI DIASTAKA TAMAN TUN SARDON. SINGGAH LA DIGERAI MAMI TANJUNG CORNER...

OK...MAI TAU JANGAN TAK MAI. MAMI DOK TUNG.....GU CEK.